Saturday, 28 October 2017

Little Me






Ni gambar masa aku berapa tahun ntah. Taksilap aku 5 tahun. Time tengah demam. Aku kalau demam selalunya kulit aku jadi gelap.
Dulu masa kecik aku ada sawan. Takboleh kena panas. Kalau kena panas mata aku akan terbeliak lepastu boleh risiko mati.
Pernah sekali kena, aku masuk hospital time kecik dulu sebab sawan, so doktor pun cucuk rocket . kesian. Tapi aku tak ingat apa². Kalau kakak tak cerita maybe sampai sekarang Taktahu.

Masa kecik dulu ,, aku paling benci kena marah. Taksuka gila. Selalunya aku selalu kena marah dengan mama. Masa arwah opah ada dulu, aku selalu pergi jalan kaki rumah opah sorang². sebab aku stress. So apa² masalah pun cerita kat dia. Rasa bersyukur sebab ada tempat untuk mengadu time tu. Lagipun masa aku 6 tahun arwah opah la yang hantar aku pergi prasekolah. Kira rapat la.

Dulu , bila aku bercakap mesti opah ajuk balik sebab cara aku cakap bukan cara cakap Bota. So dia akan buat bunyi "e" instead of "ey". Dulu duk Ipoh. Mana maunya nak lekat bahasa bota. Tapi dah duk Bota ni ada la gak lekat banyak. Tapi takde la terlalu kuat. Kot. Kalau arwah opah still ada mmg cara cakap aku akan jadi pekat betul.
Tapi bahasa orang bota ni kelakar. Contoh: pasir jadi pasyo?
      :Nasir(nama org) jadi Nasyo?
      :Yang tak boleh terima tu Isnin jadi Senayan? Aku Taktahu la opah aku je ke sebut or mmg orang Bota mmg guna. Ke dia pandai² reka Taktahu la.

Perkara paling takboleh lupa bila time umur 5/6 tahun aku pakai skirt pendek atas lutut keluar jalan. Sumpah takrela. Rasa malu. Macam apa je. Aku ni terlalu berfikiran matang ke canne?

Waktu kecik orang selalu cakap muka aku macam orang Putih. Sebab memang kulit aku putih gila dan muka kot sikit ². Tapi start 6 tahun dah jadi gelap sikit. Sebab selalu sangat keluar kena panas. So bila aku masuk form1 awal² tu dorang kata aku putih I was like, "amende dorang merepek ni ".
Pastu paling terkejut mentor-mentee form 2 cikgu Tanya, " kamu ada campuran ke?"
Aku just fikir "cikgu merepek apa la " " Perak dua²?" " ha a. "
"Perak pure?" "Ha a"
Ya saya tahu muka saya mix ahaha bongok je. Tapi srs takde pun rasa macam bangga ke apa ke time tu. Sebab aku tak heran sangat pasal muka aku. Serious.

Masa darjah 4 dulu kawan aku cakap muka aku macam Juliana Evans. Tapi aku rasa biasa je. Macam biasa , kalau orang cakap muka aku macam orang Putih aku takde rasa bangga tapi takde rasa apa. Sebab? Aku bukan kesah pun.

Masa kecik banyak kenangan . Yang seronok bila aku suka menyebuk main sekali ngan kawan kakak. Nyanyi, main power rangers, main kat yugioh, main ting ting, galah panjang, penggal selipar, tembak-tembak, polis and thieves, skipping, buaian, berlakon bawang merah bawang putih, main pedang. Kelakar . tapi sumpah best gila.

Dah besar ni? Semua sebok bercinta. Menyampah betul. Sebok main hpon. Yang aku ni still single boleh je hidup takde pakwe. Takde la. Suka hati la nak ada bf ke apa tapi jangan la abaikan. Bosan betul. Boleh tak nak jadi macam budak². Boleh je kot main semua benda tu. Best apa. Pfft apa apa je la. Malas . karang aku merepek benda lain pulak. Dah la perasaan broken takhilang lagi.


No comments:

Post a Comment

Clinic Assistant ( Medication)