Saturday, 8 January 2022

SELAMAT TAHUN BARU 2022

Hi selamat tahun baru 2022! Semoga tahun ni kita dapat perbaiki diri ke arah lebih baik dalam pelbagai aspek. Tahun baru, jiwa baru. Kalau rasa tertekan dengan hidup ni, cuba cari penyelesaian yang boleh dibuat tapi pastikan penyelesaian tu mudah untuk jadikan perkara tu kita lakukan dengan konsisten. Sebab, kita ada matlamat tapi selalu benda tu sekejap je, jadi kena cari penyelesaian nak pastikan kita akan sentiasa ingat follow track apa yang kita tetapkan untuk capai target tu.

Luaran Jimat Masa dan Kekal Konsisten ( pakaian, barang dan diri) Contoh macam aku, sebab aku sedar yang aku rasa serabut dengan keadaan bilik aku so aku kemas ikut gaya yang mudah aku nak buat. Kalau barang barang yang aku guna aku gunakan hook lekat dekat tempat yang aku capai so tak terabur dan aku konsisten. Rak pulak aku letak ikut bahagian makanan, barang usb buku, bahan masakan dengan meja untuk masak. Dalam bilik tu kiranya aku dah kemas untuk tempat tu memang tempat dia, aku takkan ubah so tak jadi membebankan dan selerak. Hook tu pun aku lekat tempat yang senang nak capai untuk sangkut beg, telekung dengan tuala. plastik sampah pun aku guna hook so takperlu nak ikat kat katil pastu payah nak cabut dia buang masa. Kiranya ku cuba buat sesuatu perkara tu untuk takselerak dan konsisten. Dan, cuba cari barang yang portable untuk memudahkan bawak mana-mana. Lagi satu bila nak beli make sure pikir benda tu akan pakai dan guna dalam jangka masa yang lama Untuk pakaian pulak, aku cadang nak gunakan pakaian warna yang sama je. Macam orang kata la yang Steve Jobs pun pakai baju sama je walaupun kaya. Bagi aku macam itu depends on masing-masing kalau rasa ada masa dan seronok untuk bersiap lama teruskan. Bagi aku, aku kat sini cuba la jaga penampilan jugak, pakaian kena matchkan color supaya taknampak serabut. Tapi ambil masa lama jugak nak pikir apa nak pakai. so aku rasa lepas ni kalau nak beli pakaian aku just nak ambil color yang aku suka hitam, putih, biru dengan keleabu. so color lain tu aku taknak sebab susah nak match color. Untuk tahun ni, aku dah letakkan semua app dengan website dekat homescreen laptop dengan phone supaya senang nak rujuk dan takperlu search instead hari hari nampak terus tekan. Ada lagi satu, belajarla hotkeys!

Turunkan Ego dan Positifkan Pandangan (diri) Aku cuba untuk tak pandang negatif dekat orang. Cuma kadang-kadang aku takpaham kenapa dorang act macam tu. Cuma apa-apa pun aku taknak benci orang, aku cuba paham perspektif orang. Tapi yang salah tetap salah. Aku cuba untuk tegur orang, senyum. Kalau ada apa-apa perkara buruk berlaku aku cuba tengok daripada sudut positif dan fikir ada hikmah disebalik apa yang jadi. Selama ni aku selalu pikir logik dan malu aku tapi kalini aku cuba ubah sikap aku ke arah baik.

Jangan buang masa, Cari perkara yang diminati dan tetapkan matlamat - bayar dan free ( diri )

Yang ni penting sangat. Sejujurnya tahun 2021 aku rasa aku dah cuba buat yang sedaya upaya aku belajar sepenuh masa 3 bulan kat rumah bahasa korea, aku follow perkembangan Stray Kids, beli album SKZ No Easy dengan Christmas Evel lepastu aku ada baca 1 buku pasal Freemason, aku ada belajr menari jugak walaupun tak full - favourite-nct. Aku cuba berniaga letak kat dobi bawah tapi satu tudung kena curi. Maybe lepas ni aku kena hati-hati. Letak camera ke kan so orang takberani la nak curi. Dan aku akan consider untuk jual bawal dengan ramen. tapi tahun ni, aku punya target banyak la. cuma tu lah, duit satu hal la sebab benda yang aku nak buat memerlukan duit jugak. AKu nak kerja lepastu ambik lesen, pergi jalan keluar tempat menarik, beli gitar, mungkin akan consider untuk masuk volunteer club atau kursus kepimpinan. So mungkin la yang tu akan kena bayar kan. Lepastu nak beli buku atau nak subscribe netflix- documentary, thriller,crime. Netflix banyak cerita menarik do. AKu akan consider untuk time management dan duit untuk semua ni. Lagi satu, planner untuk diri sendiri untuk duit- travel, hadiah, makanan, pakaian- tudung,baju seluar , keperluan bulanan- topup , skincare dan makeup, cantikkan fizikal- gigi, ketinggian, rambut, mata. belajar resepi baru, game. Yang tak kena bayar aku pikir hiburan dan skil- dancing,fotografi (bayar- kena beli gitar), membaca- pinjam buku, belajar bahasa mandarin pulak, baca artikel berkaitan lebih kepada pengalaman orang, pasal sejarah, agama, bahasa inggeris, psikologi, travel tips, belajar pasal mbti, communicarion skills, belajar excel, prepare untuk subjek sem 6, self- improvement- meditate BENDA YANG AKU SUKA BUAT - konsisten untuk make sure untuk pro - belajar bahasa -belajar mbti -travel -belajr menari, gitar, fotografi, masak - baca artikel, tengok netflix, quora - volunteering dan sedekah ( cuba untuk konsisten tiap bulan) - Kpopper - Gamer (one day) - Sains Komputer dan software - Youtuber (one day) - Usahawan (one day) Ni aku jumpa yang aku akan consider untuk buat daripada website https://moneybliss.org/things-to-do-with-no-money/ Explore Like a Tourist Learn a New Skill Go for a Walk or Run Go Hiking Tapi kalau tanya aku, aku nak kerja apa? Aku taksure la. Aku pun buntu masalahnya. Tengokla benda yang aku cakap tu lebih kepada sampingan. AKu macam pikir nak ambik ke arah sains komputer atau psikologi. Antara 2 tu aku akan cuba untuk cari kos untuk sambung Master lepastu baru aku cuba tengok pekerjaan yang sesuai dengan aku.

Pemikiran Daily life Perspektive Fikir Secara Contrary So, aku perasan banyak kali sebenarnya like bila aku interact dengan orang, ada yang jenis macam dapat solution means dia jenis kreatif. Kalau ada masalh kan dia akan fikir kontrari tahu tak. Contohla kalau barang tu takde jual kat sini, so try la tengok blok lain instead of stuck dekat tempat yang sama paham tak. Contoh lain, benda tu boleh guna untuk satu benda tapi ko guna untuk benda lain jugak. So maksudnya macam ko cuba create something new yang boleh bagi kau jimat, bagi kau senang. SO tak semua orang camni jadinya aku cuba ingatkan diri aku sendiri untuk aware dengan cara ni.

Cuba untuk Faham situasi dan wrap up Setiap kali something happen, cuba analisis situasi tu dan cari penyelesaian. Atau benda yang kau tengok dan belajar cuba guna pilih yang mana satu paling cepat tangkap VAK- Visual Audio Kinestetik. Bila nak ingat something cuba guna cara mnemonik, visualkan perkataan, buat jalan penceritaan. Semua ni boleh apply dalam banyak benda . Setakat ni aku rasa tu je kot. Sekarang aku nak tulis dalam buku planner aku untuk tulis secara detail apa yang aku nak capai. Harap posting ni bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Clinic Assistant ( Medication)