Friday, 27 October 2023

Amalan kaya


Asyallie- solat cukup,  sedekah subuh, lahawlawalquwwataillabillah, zikir, 

https://semuanyajdt.com/10-amalan-ini-selama-40-hari/
🌸Qabliyah adalah solat sunat sebelum solat wajib iaitu 2 atau 4 rakaat sebelum solat Zohor, sebelum Asar, 2 rakaat sebelum magrib, sebelum Isyak dan sebelum subuh.

🌸 Sementara Ba’diyah adalah solat sunat sesudah solat fardhu, iaitu 2 rakaat setelah Zohor, setelah Magrib dan setelah isyak (ZMI) 

🌸Rutinkan solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat

🌸 Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni). Jangan lupa membaca surah ini sesudah solat subuh atau sesudah solat isyak.

🌸 solat sunat dhuha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan saat matahari mula naik sampai sebelum zohor. Rutinlah melaksanakan dhuha 6 rakaat, bagi yang mampu boleh sampai 12 rakaat itu lebih baik. (2 rakaat salam, begitu seterusnya).

🌸Baca zikir sesudah solat
Setelah solat jangan terus berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca asmaul husnah Ya Fattah ya Razaak 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selesai solat. Khusus selesai solat subuh dan asar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.

🌸 Rutin membaca zikir ini
Rutinkan membaca Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali, boleh juga 100 kali setiap hari dan boleh dibagi membacanya setelah solat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai solat fardhu).

🌸 Rutin mohon ampun
Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Kerana sememangnya setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedari maupun tidak.

🌸Rutin membaca zikir pagi dan petang
Jangan lupa setiap hari membaca subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang (petang hari). Boleh dilakukan habis solat dhuha dan petang nya setelah melakukan ibadah solat asar atau menjelang magrib

🌸Rutin baca yasin
Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan bila-bila saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.

🌸 Tutup malam dengan solat sunat 2 rakaat
Begitu mengantuk jangan terus tidur tapi lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).

https://www.hijabista.com.my/7-doa-cepat-kaya-zikir-dan-amalan-agar-cepat-kaya-mengikut-islam/amp/

https://dalamislam.com/akhlaq/amalan-shaleh/amalan-agar-cepat-kaya/amp

No comments:

Post a Comment

Clinic Assistant ( Medication)