Wednesday, 11 October 2023

Surah At- Taubah 128-129 (Laqadjaaakum)

Maksud ayat 128 - 129 surah at Taubah

Maksud ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Maksud Ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang tinggi.

1. Jika dibaca 7 kali setiap hari, maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

2. Jika dibaca pada waktu pagi, ia boleh menjauhkan ancaman pada hari itu. Begitu juga dibaca pada waktu petang. Boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. 

3. Insya Allah, ayat ini juga boleh menambahkan keteguhan keimanan seseorang itu kepada Allah SWT.

4. Apabila sampai pada waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir. Dan, pada saat dan waktu itu, kita seakan-akan lupa ayat ini. Itu tandanya ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda Allah beri pada hambaNya yang mengamalkan surah at Taubah ayat 128 - 129 ini. 

5. Jika menghadapi musibah dan ujian rumahtangga, amalkan surat at Taubah ayat 128 - 129, insya Allah, Allah akan mengangkat masalah tersebut. Yakinlah dengan kekuasaan Allah. Zikir inilah yang dipesankan oleh Ustaz Ebit Lew.


Rujukan: 
https://www.aynorablogs.com/2020/09/rahsia-ayat-laqod-jaakum-surah-at.html?m=1


No comments:

Post a Comment

Clinic Assistant ( Medication)