Aku pinjam kat Perpustakaan Tun Razak, Ipoh. first time pergi sana. Not bad lah ada 4 tingkat. So Yang aku pinjam ni rasanya tingkat 3 . Pergi dengan kakak.
So daftar ni rm10. Ada masa nanti aku nak pinjam buku lain pulak atau kalau taksempat aku nak extend tarikh buku ni, just call je. Takpayah susah nak datang sana.
Aku dah pinjam 4 buku. 1 buku dah habis baca
4 hari habiskan lepas habis kerja balik tu aku baca. Buku ni menarik sebab banyak info kita boleh guna untuk panduan. Kalau pergi sana kita tahu la apa patut jadi takde la culture shock sangat.
Selain tu, banyak note boleh ambik untuk siapa yang nak pergi sana sebab buku ni bagitahu apa yang kita kena buat, persediaan pakaian, duit, passport, ayat common kalau pergi sana, tempat menarik dengan details harga dan waktu bila yang ada acara, waktu bila boleh dapat free, survival untuk muslim punya makanan dan tempat solat, dalam tandas, pengangkutan awam.
Dan kalau betul confirm nak pergi dia ada letakkan contoh jadual trip yang kita boleh jadikan panduan mengikut tempat yang kita nak pergi dengan perjalanan yang dekat sama ada naik bas, subway atau jalan kaki.
Aku akan update balik dalam blog untuk buat note dalam bentuk excel kalau nak pergi trip kat Korea supaya nanti nak refer balik senang.
So aku senaraikan bab.
Bab 1: Tentang Seoul (penduduk, bahasa, matawang)
Bab 2: Musim- musim di Korea ( sejuk, bunga, panas, luruh)
Bab 3: Sejarah Korea (beruang+bawang putih+ sayur= korea, Kerajaan kuno Korea, Korea utara vs Korea Selatan, Daripada negara miskin kepada Penakluk Dunia)
Bab 4: Survival Skill ( Kawasan Mana Nak Tinggal?, Pertukaran wang, Selepas Ketibaan, Peebualan dan Komunikasi, Travel Menggunakan Pengangkutan Awam, Makan, Survival Shopping, Bagaimana Mahu Bersolat? , Survival di dalam Tandas, Kecemasan)
Bab 5: Jangan sesat di Seoul ( Istana, Muzium dan Tempat Tradisional, Taman dan Bangunan, Tempat Shopping dan Lepak, Taman Tema, Day Trip di Luar Seoul, Restoran, Contoh Jadual Perjalanan),
Bonus:
•Busan, Gyeongju, Jeju
•Kupoj eksklusif Shin Chon Hostel Guest House
No comments:
Post a Comment