Friday, 28 October 2022

Pengalaman Bekerja di Kenny Rogers Roasters

Pengalaman kerja aku yang kedua selepas kerja di Jeruk Madu Pak Ali Seri Iskandar masa 2018. 

Aku kerja sini masa 2020 cuti semester mid sem ke final tak ingat. Tapi kerja 2 bulan je part time. Sebab situ memang ambik part time jer.  Kerja 4-5 jam sehari cuti 2 kali seminggu. Jadual manager dah tetapkan send dalam group Whatsapp. 

Macam biasa mula-mula interview time tu petang, isi borang, manager suruh bawak document diperlukan dengan gambar.  

Masuk kerja tu manager terangkan SOP kerja kena greetings dulu lepastu ambik order.  

Kerja takde la susah pun kalau siapa yang nak kerja situ part time bagi aku je kalau korang jenis yang ok buat kerja hands on ni pastu jenis yang ok layan customer.  


So kerja dia mula-mula datang tu clock in id, sapu, mop kedai, lap meja, susun sos kat meja, keluarkan makanan dalam freezer, ambik order customer, serve makanan customer, basuh pinggan,  key in order, habis kerja clock off. Balik. 

Kalau dah lama kerja baru dia akan bagi buat bahagian kitchen untuk potong bahan masakan, muffin. 

Tapi best sebab dapat staff meal. Relax je sedap pulak tu. Gaji tak banyak sangat rm5/6 sejam kalau kerja public holiday dapat double gaji. So boleh la. Kerja penat kalau weekends sebab ramai orang. Weekdays tu biasa ada takde je orang kat Aeon Klebang la. Sekarang dah tutup pun. 

So far bagi aku okay je. Kalau environment ok,staff ok ,manager ok, so okla. Lagipun part time kan.

No comments:

Post a Comment

Clinic Assistant ( Medication)